Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.
Alhamdulillah.
2014 menutup tirai lembarannya ...
Dan kini ...
2015 membuka sinar pena lukisan nya dengan penuh kesyukuran.
Bermulalah lagi fasa kehidupan baru kita semua sebagai seorang yang betul-betul cakna dengan kejadian alam dan mencatat segala ilmu-ilmu Allah di muka bumi ini. Kita bersyukur pada pagi 3/1/2015 ini kerana kita masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T. untuk terus bernafas, diteruskan hidup dalam mengabdikan diri kepada nya. Perlu diingatkan bahawa kita masih terus dihidupkan oleh Allah S.W.T. adalah kerana bersebab yang nyata dan mutakhir iaitu untuk terus beramal ibadat kepada-Nya di samping memegang tanggungjawab sebagai penjaga agama Allah S.W.T. di muka bumi ini.
Jika kita selusuri salasilah peristiwa-peristiwa yang telah terjadi pada 2014, banyak peristiwa yang perlu kita ambil pengajaran. Permulaan 2014 dahulu menampilkan tragedi MH370 yang hilang daripada radar. Sehingga kini, pesawat tersebut belum dijumpai dan masih lagi menimbulkan 1001 tanda tanya akan kehilangan pesawat tersebut. Kemudian, negara turut digemparkan dengan pesawat MH17 terhempas akibat ditembak oleh pengganas di sempadan Ukraine-Russia. Satu dunia sangat tergempar dan pilu akan peristiwa ini. Dua pesawat Malaysian Airlines ditimpa musibah yang sangat teruk sekali. Di sini jugalah kita dapat lihat hubungan dua negara yang tidak bersekutu, Russia dan Ukraine, di mana mereka saling menuduh, menyalahi antara satu sama lain dalam dalang penembakan pesawat MH17. Seterusnya, penghujung tahun 2014 pula menampilkan dua peristiwa besar di negara kita iaitu banjir yang sangat teruk di pantai timur dan pesawat AirAsia QZ8501 terhempas. Banjir di pantai timur semenanjung Malaysia amatlah mendukacitakan seluruh rakyat Malaysia di mana banjir tersebut boleh di katakan sebagai antara banjir yang terburuk sekali pernah berlaku di Malaysia. Banyak harta benda yang musnah dan tempat kediaman mereka hancur akibat musibah banjir ini. Kesannya seperti dilanda tsunami. Beberapa hari sebelum menyambut tahun baru 2015, dunia juga digemparkan dengan pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di perairan Kalimantan. Sangat mendukacitakan :'( Setakat ini, lebih kurang 30 mayat telah ditemui dan rata-rata mereka masih belum dikenal pasti.




Begitulah antara tragedi-tragedi pada tahun 2014. Malaysia begitu kuat sekali dilanda musibah-musibah yang saya kira kronologinya lagi bermula pada awal tahun sehinggalah ke penghujung tahun. Walau apapun yang berlaku, ianya tidak akan mematahkan semangat kita untuk terus hidup dan terus melaksanakan tanggungjawab kita untuk mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa. Apa yang terjadi ini adalah merupakan ujian yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya yang beriman supaya manusia sentiasa mengingati-Nya dan sebagai tanda Allah cinta dan rindu akan doa-doa daripada kalangan orang mukmin. :'(
Sempena lembaran kali ini, tinta ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU MASIHI 2015 dan semoga tahun 2015 ini akan memberi sinaran kebahagiaan buat kita semua.

Tinta juga ingin mengucapkan SALAM MAULIDUR RASUL 1436H. Marilah bersama-sama kita berselawat ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. kerana dalam satu hadis ada menyebutkan,:
"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu."
(Al-Nasai & Ibnu Hibban)

Kepada warga UTP semestinya, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER SEPT 2014 dan semoga kita semua memperoleh kejayaan yang cemerlang. Doakan tinta dan kawan-kawan di sini ye. :)
Amin Ya Rabb!
Ni jadual exam tinta. Semoga kami beroleh kejayaan dunia dan akhirat. :)
Baiklah. Sampai di sini sahaja entri tinta untuk pembukaan 2015 ini. Semoga kita semua sentiasa diredhai Allah S.W.T. dan sentiasa di bawah naungan rahmat-Nya.

A.A.Hazziq
Wassalam.