Saturday, 27 December 2014

ICTBIS MAY12 INTERNSHIP APPRECIATION DINNER 2014

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.

Alhamdulillah.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Hujurat, ayat ke 13:

49:13

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Daripada Abu Hurairah R.A., Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud,

"Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya. Maka hendaklah kamu melihat dengan siapa kamu bersahabat."

(Riwayat Al-Tarmizi dan Al-Hakim)

Pada 20 Disember 2014 yang lalu, tinta berkesempatan untuk menghadiri Majlis Makan Malam Penghargaan Berpraktikal ICTBIS Batch May 2012 atau dalam bahasa Inggeris nye Farewell Dinner ICTBIS MAY12 INTERNSHIP APPRECIATION 2014 yang telah diadakan di Iskandar Ballroom, D'Hotel, Seri Iskandar, Perak.

Alhamdulillah, setelah hampir 2 tahun berjuang dalam dunia akademik di UTP, sudah tiba masanya tinta bersama rakan-rakan lain untuk menerima suasana bekerja pula dalam 8 bulan nanti. Suka duka, canda tangis dan senda gurau memenuhi segala memori terindah di dalam fail hati ini. Semoga kalian akan menjadi memorabilia dalam hati tinta buat selamanya.

Untuk lembaran kali ini, tinta ingin berkongsi kepada semua pembaca dengan bingkisan-bingkisan gambar yang melambangkan kemeriahan sepanjang majlis ini berlangsung. Terima kasih kepada saudara Irfan Ibrahim, saudara Hazeem Rahman dan saudari Yasmin Aminudin kerana sudi berkongsi foto-foto kenangan ini. Copyright controlled k. Hehe...

*lupa nk bagitau. Baju tinta malam tu ditaja oleh Binqareem. TQ so much :)







Bersama Turkmenistan's Girls selaku kawan-kawan tinta yang sangat sporting. :)


Ibrahim Abu Talib, class rep ICTBIS MAY12 selaku Project Manager untuk majlis ini. :)



Bersama Shameer Nijar selaku pengacara yang sangat 'sporting'. Good job bro! :)



Bersama sahabat baik tinta, Micha Hida Shah yang comel :)

Dan yang paling tinta sangat terkesima sekali apabila tinta dijemput untuk mendendang 2 buah lagu iaitu Cindai dan Bukan Cinta Biasa daripada Dato' Siti Nurhaliza. Korang ni betul-betul kene kan tinta ye! Berjaya sangat! Haha...





King & Queen Prom, Ahmad & Yei Wei. Cantik x mereka :)







Ololo Kentuk Busuk's Members






Alhamdulillah. Begitu lah kemeriahan dan keceriaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sekalung apresiasi tinta ucapkan kepada semua AJK yang telah menjayakan majlis ini. Bukan mudah tau nak anjurkan majlis ini. By the way, korang semua telah berjaya sepenuhnya. TQ sebab menganjurkan majlis ini dan mudah-mudahan nanti dinner untuk bergaduasi pulak ye. Hehe. Terima kasih semua. 

It's time for internship! PETRONAS here we go! 

Yeah!



Montage Opening & Closing. TQ to Irfan Ibrahim :)




Jumpa lagi pada lembaran akan datang :)
Wassalam. 

Monday, 15 December 2014

HATI: MEMBANGUNKAN RASA IKHLAS

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.

Alhamdulillah. 

"Engkau berfikir tentang dirimu sebagai longgokan jasad semata, padahal di dalam dirimu tersimpan kekuatan tidak terbatas."

-Saidina Ali bin Abi Talib-


Pesanan ini menjelaskan yang tujuan kita lahir adalah untuk mengubah dunia dari padang pasir menjadi oasis berdasarkan kemampuan masing-masing. Lalu kita terus bekerja keras memburu bahagia berasaskan konsep manusia adalah khilafa-Nya di bumi. Bahagia memang seharusnya dimiliki oleh semua kerana menurut fitrahnya, manusia itu diciptakan dengan pelbagai kelebihan dan kesempurnaan.

Manusia adalah ciptaan-Nya yang paling sempurna jika dibandingkan dengan makhluk lain. Kenyataan ini sangat jelas diterangkan melalui al-Quran yang mulia:

17:70

Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.
(Al-Israa':70)

Tawaran ini diperkuatkan lagi dengan bonus daripada Allah SWT,

40:60
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Al-Ghafir:60)

Begitu hebat tawaran dan layanan serta jaminan Allah SWT kepada anak Adam ini. Tetapi, tawaran harga runtuh ini tidak disambut dan dirasakan sepenuhnya. Jika bersambut, pasti kita ini sudah hidup serba memuaskan, berjaya dalam semua bidang yang diceburi ... pekerjaan, kewangan, keluarga, kesihatan dan hubungan dengan orang lain. Namun, yang terjadi adalah sebaliknya ... serba mundur dan terkebelakangan dalam semua perkara hingga pada banyak situasi sudah menjadi 'makanan' orang kafir.

Ini berpunca daripada sikap kita yang sudah melupakan fitrah sebagai manusia. Fitrah yang dijadikan dalam bentuk sebaik-baik kejadian. Dibekalkan naluri tinggi, diberikan akal, dihantarkan Nabi sebagai contoh ikutan dan pemberi peringatan, diturunkan wahyu sebagai panduan, masih sesat juga kita. Maka, gerakan pembaikan paling penting ialah berusaha kembali kepada fitrah diri sehingga semua kita layak menjadi sebaik-baik ciptaan sesuai dengan acuan-Nya yang asal.

Persoalan sekarang, bagaimana mahu kembali menjadi sebaik-baik ciptaan ini? Antara caranya ialah kembali menjadi manusia yang seimbang dari segi kecerdasan. Dimulai dengan kecerdasan fizikal, diikuti intelektual, emosional dan spiritual. Kecerdasan fizikal dan intelektual diperoleh melalui sistem pendidikan. Kecerdasan emosi didapati daripada pergaulan. Manakala kecerdasan spiritual terhasil daripada kematangan pengalaman hidup sehingga kita bertemu dengan sikap terbaik iaitu Ikhlas

Bagaimana kita boleh memperoleh semua kecerdasan ini secara amali? Caranya, kita harus belajar daripada makna 'berfikir' ... cara mengelola emosi yang menjadi jalan untuk membangun rasa ikhlas, cara mengetahui sama ada kita sudah sampai ke tahap ikhlas atau belum dan cara mengukurnya. Mereka yang sudah kembali kepada fitrahnya akan lebih mudah menuju ke arah sikap ikhlas itu. Jika hilang kesempurnaan ini, maka mereka tidak akan mempu manjaga fitrahnya.

Apa sebenarnya ciri-ciri kesempurnaan itu? Ia bermula dari dalam diri yang terbangun rasa ketenangan, kreativiti, energi, semangat, pengetahuan dan kefahaman yang sentiasa bertambah. Kesempurnaan disebut dalam al-Quran. Menurut Pemikir Islam Murtadha Mutahari:

"Fitrah itu adalah bawaan diri yang sudah melekat dalam diri manusia iaitu qalbu dan   nurani yang mendorong pemiliknya untuk mendapat hakikat kebenaran. Bagi memahami contoh fitrah, kita harus melihat anak-anak kecil. Anak-anak ini akan selalu berasa bahagia, senang, tanpa bebanan dan tanggungjawab serta sangat fokus bila melakukan sesuatu. Cuba lihat anak bermain, pasti bermain sungguh-sungguh. Ketawa juga sungguh-sungguh. Bahkan menangis juga sungguh-sungguh dan tidak pernah bertanya esok bagaimana? Mereka hidup untuk hari ini dan berbahagia dengan apa yang ditemui pada ketika ini."

Inilah sebenarnya sikap yang perlu kita pertahankan dalam hidup agar diri sentiasa tetap pada fitrah. Tapi sayang, persekitaran hidup telah banyak melencongkan kita hingga jauh daripada fitrah. Kanak-kanak mulanya kaya dengan kesempurnaan mula dibutakan mata dan hati akibat dikikis oleh persekitaran hidup yang dilalui. Kesempurnaan itu pudar akhirnya bila mereka mula meningkat dewasa. Matilah rasa bahagia yang dibawa dari lahir itu. Digantikan dengan keluh kesah, prasangka buruk dan lain-lain perasaan negatif.

Oleh itu, marilah kita bersama berusaha mendapatkan kebahgiaan yang hilang dari diri. Anak-anaklah yang membekalkan kita rasa ikhlas, berprasangka baik terhadap orang lain dan selalu bersyukur dengan apa yang diperoleh. Jika kita benar-benar meyakini bahawa setiap manusia yang lahir itu sempurna, maka tiada istilah tidak mampu dalam pemikiran dan perasaan.

Misalnya anak kecil yang baru belajar duduk, berdiri dan berjalan akan terus mencuba sepenuh hati walaupun tubuh belum siap menjalankan tugas tersebut. Semangat ini membara dalam diri kerana di mindanya belum ada konsep tidak mampu. Semua cabaran dihadapi dengan bersungguh-sungguh, penuh semangat tawa dan air mata. 

Perjuangan itu dilakukan dengan penuh keikhlasan walaupun akan jatuh dan sakit-sakit. Anak ini tidak akan berhenti sehinggalah dia dilemahkan dengan perkataan ketidakmampuan daripada orang dewasa di persekitarannya seperti 'jangan' dan 'tak boleh' berulang-ulang kali.

Bila ini berlaku, maka anak kecil yang ikhlas berbuat dengan tenaganya dan yakin diri yang tinggi mula meragukan keupayaannya. Maka, terjejaslah elemen kesempurnaan yang dibawa dalam fitrah dirinya dan cacatlah tahap ikhlas yang dipegangnya.

Secara fitrah, semua manusia mempunyai perasaan terkuat dalm hati iaitu 'sanggup menentukan dan rancang kehidupan sendiri'. Rasa hebat dan mampu ini akan terbukti apabila usaha yang dilakukan itu direndah-rendahkan orang lain. Kita pasti mengalami rasa tidak senang hati. Mungkin juga rasa tidak senang itu terpapar pada wajah. Misalnya, masakan kita dikatakan tidak sedap atau hasil kerja dikatakan tidak sempurna.

Ia berlaku kerana dalam hidup, kita 'dipaksa' menurut acuan kesepakatan masyarakat yang membentuk alasan dan pemikiran baru yang mampu menggugat kekuatan fitrah diri kita. Lalu lumpuhlah fitrah kesempurnaan diri kerana bertentangan dengan potensi maksimum dan fitrah kita. Juga meracuni rasa ikhlas kita daripada terus subur sebagai satu gaya hidup.

Oleh itu, marilah kita bangunkan semangat baru bahawa sebenarnya ALLAH menciptakan manusia bukan untuk mengalami kegagalan dan kegagalan pula bukanlah nasib. Melainkan ia merupakan serangkai keputusan yang kurang tepat yang selalu boleh diperbetulkan ke arah keberhasilan dan kejayaan.

Maha Agung Allah SWT yang menjadikan perasaan sebagai aset utama manusia. Perasaan merupakan tenaga yang paling kuat getarannya kepada alam sekitar dan tubuh kita. Ia mampu mengalahkan getaran otak. Disebabkan itulah kita boleh menukar kehidupan yang berprasangka buruk hanya dengan mengubah perasaan di hati kepada yang bersifat positif seperti ikhlas.

Hati yang ikhlas bermakna menyerahkan seluruh hidup hanya kepada Allah SWT setelah berusaha secara maksimum. Dengan penyerahan total ini, akan terpancar perasaan terkuat dalam hati bahawa apa yang dilakukan hanyalah untuk mencari redha-Nya. Bila perasaan ikhlas sudah terpahat, ia akan membuahkan kebahagiaan yang tiada tandingan. 

Yakinlah kita bahawa manusia ini sangat beruntung kerana dikurniakan dengan perasaan. Inilah yang menjadi alat utama untuk mengukur jauh atau dekatnya tujuan gerak kita dengan 'aliran keberkataan Ilahi'.

Caranya ketika perasaan kita positif atau ikhlas, maka kedudukan kita dengan Allah SWT dan 'pintu kemudahan' itu amat dekat. Manakala ketika dalam perasaan negatif atau nafsu, kita berada jauh daripada Pencipta dan 'pintu berkat' untuk mencapai tujuan pekerjaan kita. Beginilah keadaannya kita.

Ini kerana, manusia memiliki dua zon dalam diri iaitu zon ikhlas dan zon nafsu. Zon ikhlas adalah daerah yang bebas hambatan dan terasa lapang, tenang, fokus, sabar, bahagia dan syukur. Zon ini diselimuti oleh energi positif yang tinggi. Manakala zon nafsu ialah wilayah hati yang dipenuhi pelbagai keinginan sehingga menyesakkan dada kerana dalam hambatan, takut, marah, cemas dan keluluhan. Zon ini berada dalam energi rendah kerana di dalamnya ada perasaan negatif.

Pandai-pandailah mengukur semua perbuatan kita berpandukan kriteria zon yang dibekalkan. Dengan harapan kita tidak terjun ke zon negatif berlumur nafsu jauh daripada-Nya. Kawallah diri agar sentiasa berada di zon positif iaitu ikhlas, dekat dengan pertolongan Allah SWT. Bila berada di zon positif, berusaha dan berdoalah agar perasaan kita sentiasa positif dalam semua perkara kerana Allah SWT berjanji:

40:60

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.
(Al-Ghafir:60)

Jika kita sentiasa berusaha untuk kekal dalam perasaan positif (ikhlas), kita akan mudah berdoa kepada Pencipta kerana merasakan Dia Maha Dekat dan Dia pasti menjawab doa kita. Rasakanlah perasaan bahagia yang kita sendiri berusaha mencarinya...

Reference: Hamzah K.R., Pujuklah Rasa, Karya Bestari Sdn Bhd, Cetakan 3 - 2013. 




SHAKLEE DI HATIKU

SHAKLEE DI HATIKU 





Berminat dengan produk Shaklee atau ingin menjadi ahli Shaklee seumur hidup? Ataupun mahu menceburi rangkaian perniagaan ini? Inshaa Allah ganjarannya hebat dan lumayan! Tidak akan merugikan anda! Boleh emel tinta hazziq.alya92@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini. 

Monday, 1 December 2014

ARIANNA ROSE: SEBUAH LEGASI TRIBULASI WANITA

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwwah.

Alhamdulillah. 
Sudah sekian lama nya, tinta tidak berkecimpung dalam perkongsian risalah cinta tinta dalam blog ini. Al maklumlah, hidup sebagai seorang mahasiswa ini sungguh sibuk dengan variasi aktiviti kampus. Nak fokus akademik lagi. Event la lagi. Sungguh memenatkan dan penuh keletihan. Bukan penat kosong tau! Tapi penat kegembiraan. Hehe..

Alhamdulillah. Judul kali ini agak berbeza daripada mauduk-mauduk yang pernah tinta kongsi kepada pembaca sebelum ini. Kali ini, tinta ingin membuat kelainan sedikit untuk lembaran bicara khas buat semua yang sudi melawat dan membaca blog tinta.

Kali ini, tinta ingin berkongsi sedikit tentang kisah daripada drama bersiri Ariana Rose. Drama ini sangat popular sewaktu ditayang di TV3 sekitar awal tahun 2014 yang lalu. Al maklumlah, drama ini sebenarnya telah diadaptasi daripada novel terbitan Karya Seni yang ditulis oleh penalis Evelyn Rose bertajuk "The Wedding Breaker" atau dalam bahasa Melayu "Pemusnah Perkahwinan". Haha. Dan yang paling best sekali, diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. Setakat ini, tinta sangat berpuas hati dengan segala karya yang telah di hasil oleh syarikat yang diterajui oleh Puan Sri Hjh Zeila Jalil ini. Kebanyakan drama-drama yang dihasilkan sangat menyentuh jiwa dan perasaan di samping diselitkan dengan elemen-elemen dakwah yang mudah kepada masyarakat. 



Novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose


Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.

Alhamdulillah. Tinta boleh katakan tahniah kepada Pena Creative sebab jalan cerita yang dilakonkan sangat serasi dengan novel asal. Ramai kot yang tengok drama ni sehinggakan trending 1 Malaysia. And tahniah jugak sebab menang dalam Anugerah Skrin 2014 yang lepas. Jadi, untuk lembaran kali ini, mesti ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal ingin tinta kupaskan ye? Hehe... Kalau tengok tajuk utama yang tinta bubuh tu, mesti gempakkan. Haha...

Baiklah. Kali ini sebenarnya tinta ingin kita ambil ikhtibar dan pengajaran daripada watak Arianna Rose itu sendiri. Tinta nasihatkan agar siapa yang tak tengok lagi cerita ini, boleh la tonton di Youtube dll (faham2 la ye). Dalam cerita ini, tinta ingin mengupas sedikit mengenai watak Arianna Rose sebagai teraju utama dalam drama ini.

Arianna Rose banyak memaparkan watak sebagai seorang wanita yang tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan. Pada era sedasarwarsa kini, wanita tidak lagi dipandang sebagai 'orang rumah' yang hanya tahu menumbuk sambal di dapur, ataupun hanya sebagai golongan yang lemah dan tidak terdaya. Mereka hanya perlu melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh kain, menyapu sampah dan sebagainya sehinggakan kedudukan wanita itu tidak boleh menandingi kaum lelaki. Tidak sama sekali. Wanita zaman kini sudah berubah corak kehidupannya. Wanita kini setanding bersama berdiri bersama kaum lelaki malah wanita kini mendominasi kaum lelaki. Cukup dasyat. 

Arianna Rose memaparkan watak sebagai seorang wanita berkerjaya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lepasan ijazah sarjana muda dari England memegang watak sebagai Pengurus Aktiviti Sosial dan Kebajikan dalam sebuah syarikat besar di ibu kota (betulkan kalau salah ye) yang boleh kita katakan sebagai wanita yang masih mengekalkan elemen-elemen2 wanita Melayu terakhir.  Kalau kita lihat watak beliau daripada awal cerita ini lagi, Rose sangat tabah menghadapi cabaran apabila Tengku Kamil menculik beliau dan hampir diperkosa oleh Tengku Kamil yang merupakan seorang lelaki kaya 'playboy'. Apa yang menarik perhatian tinta ialah Arianna Rose masih tidak lupakan pencipta-Nya. Beliau pada ketika itu amat bersedih sehingga beliau meluahkan rasa berdosanya yang teramat dalam solat sunat Taubat dan Hajat. Subhanallah. Tinta sangat kagum akan akhlak Arianna Rose ini. Dalam keadaan yang teramat tidak peroleh apa-apa daya pertolongan, Allah juga lah yang menjadi tempat mengadu dan memohon pertolongan. Subhanallah. Kental sungguh jiwa Arianna Rose ini. 

Wanita yang penuh dengan tribulasi dalam kehidupannya sejak beliau masih kecil lagi ketika ibu dan ayahnya bercerai dan beliau tinggal bersama ayahnya dan ibu tirinya bersama kakak-kakak tiri yang sangat jahat dan penuh hasad dengki. Kehidupan Arianna Rose sejak kecil lagi sangat beronak duri tapi apakan daya. Hidup perlu diteruskan. 

Dan yang paling tinta suka sekali apabila Arianna Rose melarikan diri daripada ancaman Tengku Kamil (masuk rumah Rose tanpa sengaja) dan pada masa yang sama takdir Rose mengenakan tudung apabila balik ke Kota Bharu di rumah ibunya. Rose balik sebab ibunya suruh (walhal ibunya ingin membuat majlis pertunangan untuk Rose). Semua keluarga dan jiran tetangga sangat teruja dengan perubahan pada diri beliau. 

Namun, apabila Arianna Rose mendapat tahu beliau balik adalah disebabkan ibunya ingin membuat majlis pertungan untuknya, Rose sama sekali tidak membantah malah Rose menyerahkan segalanya kepada ibunya mengenai jodoh. Kalau kita bandingkan dengan wanita zaman sekarang, jangan haraplah nak minta ibu dan ayah carikan jodoh. Mahu hendaknya kalau terjadi macam kes Arianna Rose ni mengamuk satu rumah bangkang sampai kiamat! Haha. Inilah watak Arianna Rose yang perlu kita ambil ikhtibar dan sedikit pengajaran. Kadang-kadang, sesuatu perkara yang kita tidak suka itu, adalah yang terbaik buat kita walhal sesuatu perkata yang kita suka itu, memberi akibat buruk kepada kita. Itu sebenarnya janji Allah yang sudah termaktub dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 216, 

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
2:216

Arianna tidak menyangka bahawa Tengku Kamil itulah yang menjadi teman hidupnya di samping Tengku Kamil kini sudah insaf daripada perbuatan terkutuk beliau selama ini dan mahu bertaubat. Allah itu Maha Penyayang. Merak disatukan dalam keadaan masing-masing mahu kembali ke jalan-Nya dan memulakan hidup baru sebagai seorang Muslim yang sejati.

Jika kita baca semula novel karya Evelyn Rose ni, sangat banyak pengajaran yang boleh ambil buat pedoman hidup kita. 
Namun, tinta ingin ingatkan bahawa dalam banyak-banyak watak yang baik itu, contohilah peribadi seperti Nabi Muhammad S.A.W. Watak-watak kini seperti Arianna Rose hanya sekadar secubit akhlak yang dipetik daripada baginda.

Mudah-mudahan Allah memberkati perjuangan hidup kita dan moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin.

Tinta tinggalkan pembaca semua dengan OST Arianna Rose, Di Pintu Syurga oleh Dayang Nurfaizah.

Jumpa lagi dalam lembaran akan datang. :) :) :) :)