Monday, 1 December 2014

ARIANNA ROSE: SEBUAH LEGASI TRIBULASI WANITA

Assalamualaikum wbt.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwwah.

Alhamdulillah. 
Sudah sekian lama nya, tinta tidak berkecimpung dalam perkongsian risalah cinta tinta dalam blog ini. Al maklumlah, hidup sebagai seorang mahasiswa ini sungguh sibuk dengan variasi aktiviti kampus. Nak fokus akademik lagi. Event la lagi. Sungguh memenatkan dan penuh keletihan. Bukan penat kosong tau! Tapi penat kegembiraan. Hehe..

Alhamdulillah. Judul kali ini agak berbeza daripada mauduk-mauduk yang pernah tinta kongsi kepada pembaca sebelum ini. Kali ini, tinta ingin membuat kelainan sedikit untuk lembaran bicara khas buat semua yang sudi melawat dan membaca blog tinta.

Kali ini, tinta ingin berkongsi sedikit tentang kisah daripada drama bersiri Ariana Rose. Drama ini sangat popular sewaktu ditayang di TV3 sekitar awal tahun 2014 yang lalu. Al maklumlah, drama ini sebenarnya telah diadaptasi daripada novel terbitan Karya Seni yang ditulis oleh penalis Evelyn Rose bertajuk "The Wedding Breaker" atau dalam bahasa Melayu "Pemusnah Perkahwinan". Haha. Dan yang paling best sekali, diterbitkan oleh Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. Setakat ini, tinta sangat berpuas hati dengan segala karya yang telah di hasil oleh syarikat yang diterajui oleh Puan Sri Hjh Zeila Jalil ini. Kebanyakan drama-drama yang dihasilkan sangat menyentuh jiwa dan perasaan di samping diselitkan dengan elemen-elemen dakwah yang mudah kepada masyarakat. 



Novel "The Wedding Breaker" karya Evelyn Rose


Pena Creative Pictures Sdn. Bhd.

Alhamdulillah. Tinta boleh katakan tahniah kepada Pena Creative sebab jalan cerita yang dilakonkan sangat serasi dengan novel asal. Ramai kot yang tengok drama ni sehinggakan trending 1 Malaysia. And tahniah jugak sebab menang dalam Anugerah Skrin 2014 yang lepas. Jadi, untuk lembaran kali ini, mesti ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal ingin tinta kupaskan ye? Hehe... Kalau tengok tajuk utama yang tinta bubuh tu, mesti gempakkan. Haha...

Baiklah. Kali ini sebenarnya tinta ingin kita ambil ikhtibar dan pengajaran daripada watak Arianna Rose itu sendiri. Tinta nasihatkan agar siapa yang tak tengok lagi cerita ini, boleh la tonton di Youtube dll (faham2 la ye). Dalam cerita ini, tinta ingin mengupas sedikit mengenai watak Arianna Rose sebagai teraju utama dalam drama ini.

Arianna Rose banyak memaparkan watak sebagai seorang wanita yang tabah dan cekal dalam mengharungi kehidupan. Pada era sedasarwarsa kini, wanita tidak lagi dipandang sebagai 'orang rumah' yang hanya tahu menumbuk sambal di dapur, ataupun hanya sebagai golongan yang lemah dan tidak terdaya. Mereka hanya perlu melakukan kerja-kerja rumah seperti memasak, membasuh kain, menyapu sampah dan sebagainya sehinggakan kedudukan wanita itu tidak boleh menandingi kaum lelaki. Tidak sama sekali. Wanita zaman kini sudah berubah corak kehidupannya. Wanita kini setanding bersama berdiri bersama kaum lelaki malah wanita kini mendominasi kaum lelaki. Cukup dasyat. 

Arianna Rose memaparkan watak sebagai seorang wanita berkerjaya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan lepasan ijazah sarjana muda dari England memegang watak sebagai Pengurus Aktiviti Sosial dan Kebajikan dalam sebuah syarikat besar di ibu kota (betulkan kalau salah ye) yang boleh kita katakan sebagai wanita yang masih mengekalkan elemen-elemen2 wanita Melayu terakhir.  Kalau kita lihat watak beliau daripada awal cerita ini lagi, Rose sangat tabah menghadapi cabaran apabila Tengku Kamil menculik beliau dan hampir diperkosa oleh Tengku Kamil yang merupakan seorang lelaki kaya 'playboy'. Apa yang menarik perhatian tinta ialah Arianna Rose masih tidak lupakan pencipta-Nya. Beliau pada ketika itu amat bersedih sehingga beliau meluahkan rasa berdosanya yang teramat dalam solat sunat Taubat dan Hajat. Subhanallah. Tinta sangat kagum akan akhlak Arianna Rose ini. Dalam keadaan yang teramat tidak peroleh apa-apa daya pertolongan, Allah juga lah yang menjadi tempat mengadu dan memohon pertolongan. Subhanallah. Kental sungguh jiwa Arianna Rose ini. 

Wanita yang penuh dengan tribulasi dalam kehidupannya sejak beliau masih kecil lagi ketika ibu dan ayahnya bercerai dan beliau tinggal bersama ayahnya dan ibu tirinya bersama kakak-kakak tiri yang sangat jahat dan penuh hasad dengki. Kehidupan Arianna Rose sejak kecil lagi sangat beronak duri tapi apakan daya. Hidup perlu diteruskan. 

Dan yang paling tinta suka sekali apabila Arianna Rose melarikan diri daripada ancaman Tengku Kamil (masuk rumah Rose tanpa sengaja) dan pada masa yang sama takdir Rose mengenakan tudung apabila balik ke Kota Bharu di rumah ibunya. Rose balik sebab ibunya suruh (walhal ibunya ingin membuat majlis pertunangan untuk Rose). Semua keluarga dan jiran tetangga sangat teruja dengan perubahan pada diri beliau. 

Namun, apabila Arianna Rose mendapat tahu beliau balik adalah disebabkan ibunya ingin membuat majlis pertungan untuknya, Rose sama sekali tidak membantah malah Rose menyerahkan segalanya kepada ibunya mengenai jodoh. Kalau kita bandingkan dengan wanita zaman sekarang, jangan haraplah nak minta ibu dan ayah carikan jodoh. Mahu hendaknya kalau terjadi macam kes Arianna Rose ni mengamuk satu rumah bangkang sampai kiamat! Haha. Inilah watak Arianna Rose yang perlu kita ambil ikhtibar dan sedikit pengajaran. Kadang-kadang, sesuatu perkara yang kita tidak suka itu, adalah yang terbaik buat kita walhal sesuatu perkata yang kita suka itu, memberi akibat buruk kepada kita. Itu sebenarnya janji Allah yang sudah termaktub dalam Al-Quran surah Al-Baqarah ayat 216, 

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." 
2:216

Arianna tidak menyangka bahawa Tengku Kamil itulah yang menjadi teman hidupnya di samping Tengku Kamil kini sudah insaf daripada perbuatan terkutuk beliau selama ini dan mahu bertaubat. Allah itu Maha Penyayang. Merak disatukan dalam keadaan masing-masing mahu kembali ke jalan-Nya dan memulakan hidup baru sebagai seorang Muslim yang sejati.

Jika kita baca semula novel karya Evelyn Rose ni, sangat banyak pengajaran yang boleh ambil buat pedoman hidup kita. 
Namun, tinta ingin ingatkan bahawa dalam banyak-banyak watak yang baik itu, contohilah peribadi seperti Nabi Muhammad S.A.W. Watak-watak kini seperti Arianna Rose hanya sekadar secubit akhlak yang dipetik daripada baginda.

Mudah-mudahan Allah memberkati perjuangan hidup kita dan moga-moga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Amin.

Tinta tinggalkan pembaca semua dengan OST Arianna Rose, Di Pintu Syurga oleh Dayang Nurfaizah.

Jumpa lagi dalam lembaran akan datang. :) :) :) :)



No comments:

Post a Comment