Wednesday, 16 July 2014

INDAHNYA IFTAR DI MASJID PADA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Hari ini kita telah masuk ke hari ke-18 berpuasa di bulan Ramadhan. Alamak dah nak masuk ke fasa Pembebasan Api Neraka ni. Tinggal 2 hari lagi berakhirnya fasa pengampunan. Jom! Siapa yang belum buat pengampunan kpd Allah, jom kita manfaat 2 hari yang tinggal ni. Bagaimana puasanya? Semoga semua masih berjalan dengan lancar dan mampu menghadapi cabaran kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

Alhamdulillah. Untuk lembaran kali ini, tinta ingin berkongsi sedikit tentang keindahan berbuka puasa atau iftar di masjid. Al maklumlah, percuma katanya. Hehehe. 
Namun, tinta bukan nya nak berdiskusi tentang perkara sedemikian. Tetapi apa yang ingin tinta kongsi ialah indahnya berbuka puasa di masjid ini berbeza daripada berbuka puasa bersendirian di cafe, bilik dan sebagainya.

Apakah yang indah itu??? Haha... 
Inilah yang ingin saya kongsikan pada semua. 

Selama beberapa hari kita telah berpuasa, tinta ingin kongsikan kepada pembaca semua suasana iftar di masjid :) :) :)

Enjoy :)







Yummy... Sape kata makanan kat masjid tak sedap. Sehingga terliur dibuatnya..Haha

Alhamdulillah, tinta juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama anak-anak kelahiran Sarawak. Subhanallah, rupanya ramai juga pelajar dari Sarawak kt UTP ni. 
Ni sebahagian daripada gambar yang tinta peroleh. Terima kasih Megat Faiz di atas gambar yang cukup cantik :) :) :)










Alhamdulillah, sangat meriah sekali puasa setakat ini. Harap-harap lebih baik lagi ibadah kita seiring dengan ukhuwwah sesama kita. Semoga kita semua memperoleh barokah di bulan mulia ini.

Jumpa lagi. Wassalam :)




No comments:

Post a Comment