Wednesday, 16 July 2014

Celoteh Tinta

Assalamualaikum w.b.t.






Dalam hidup ini, bersederhanaan itu penting dalam menjalani urusan kehidupan kita sebagai manusia dan hamba Allah SWT di muka bumi ini. Seperti diri tinta, setiap perkara yang tinta lakukan sentiasa dipenuhi dan dikelilingi dengan sifat kesederhanaan. Tinta bersyukur kepada Allah SWT kerana tinta dilahirkan oleh ibu tinta dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan kesederhanaan, jauh daripada sifat angkuh dan sifat menunjuk-nunjuk. Dari kecil hingga dewasa, kemewahan yang ada pada nama keluarga tinta tidak pernah dipamerkan di khalayak ramai kerana kami tahu bahawa hidup dalam kesederhanaan ini mampu mengawal diri kita daripada sifat membazir dan angkuh. Sifat membazir adalah sifat yang diamalkan oleh syaitan laknatullah. Dengan sifat kesederhanaan ini, hidup tinta sekeluarga lebih bahagia dan aman sejahtera.

No comments:

Post a Comment