Saturday, 6 February 2016

ERTI HIDUP

Salam bicara. 

Alhamdulillah. 

Lembaran kali ini saja nak share sebuah lagu yang saya rasa liriknya sangat mendalam maknanya. 

Saya boleh ringkaskan lagu ini menceritakan tentang seseorang yang mencari sebuah pengertian dalam kehidupannya yang banyak menimbulkan pelbagai persoalan berada di dalam mindanya dan akhirnya beliau sedar bahawa Allah sentiasa bersama nya dalam apa jua beliau lakukan. Allah telah titipkan nya sebuah keberanian dan ketabahan dalam menjalani kehidupannya di muka bumi Allah ini.

Cewwah! Haha. 

Kira macam tu lah saya boleh simpulkan. Depends dengan korang la macam mana interpertasi terhadap lagu ini. 

Lirik ini ditulis oleh Afdlin Shauki. Patutlah lirik nya mantop gitu. 

Apapun, lagu ini boleh dijadikan inspirasi buat kita semua. 

Jom kita dengar sama-sama!

Regards & Salam sayang buat semua :) 




Angin kau membawa bahteraku kemana mahumu

Dikamar daku sering bertanya
Mana tempatku di dunia
Tepuk dada tanyalah selera

Jika daku ingin berjasa
Memberikan hidupku makna
Tepuk dada tanyalah selera

Inginku mengenali
Erti hidup yang diberi
Dunia jadi saksi
Liku-likukan ku harungi

Tidak lagi kan aku disitu
Menyaksikan kehidupan berlalu
Kan ku kerah darah keringatku

Tiba waktu aku tiada
Tidak akan daku sesali
Daku hidup caraku sendiri

Angin kan ku bawa bahteraku
Kemana majuku
Kini ku berani mengemudi
Kemana ku pergi

Bagai guruh bergegar bumi
Aku tetap teguh berdiri
Penuh pengorbanan yang sejati

No comments:

Post a Comment