Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.
Salam 1 Ramadhan. :)
Munajat Pujuklah Rasa Kesyukuran
Ya ALLAH...
ENGKAU ciptakan kami daripada segumpal darah
ENGKAU ciptakan kami menjadi segumpal daging
ENGKAU ciptakan kami dari tulang-menulang
ENGKAU ciptakan kami menjadi manusia
Kini hati kami ENGKAU hidupkan.
ENGKAU tiupkan roh di hati kami
Hingga kami menjadi manusia yang sempurna
Yang mampu melihat
Yang mampu mendengar
Yang mampu berkata-kata
Yang mampu berasa.
Demikian sempurna ENGKAU ciptakan kami
Hingga kami lupa bahawa kami diciptakan oleh-MU
Demikian sempurnanya ciptaan-MU ini
Hingga kami tak menyedari
Bahawa kami hanyalah ciptaan-MU
Hingga kami tak merasa
Bahawa diri kami diciptakan daripada ketiadaan
Hingga kami tak menyedari
Bahawa kami diciptakan hanya daripada setitis air yang hina.
Duhai Yang Maha Sempurna
Saat ini kami mengakui
Bahawa ENGKAU yang menghidupkan kami
Bahawa ENGKAUlah yang memberikan penglihatan kami.
ALLAH humma ya ALLAH
Inilah kami yang sentiasa lupa
Bahawa hiudp kami adalah untuk-MU
Mata kami adalah milik-MU
Telinga kami adalah milik-MU
Jiwa kami adalah milik-MU.
Duhai TUHAN Pemilik langit dan bumi
Duhai Pemilik semesta raya.
ALLAH humma ya ALLAH
Kami bersyukur kepada-MU
Alangkah banyak nikmat
Yang ENGKAU curahkan kepada kami
ENGKAU beri kami nikmat iman
ENGKAU beri kami nikmat Islam
ENGKAU beri kami nikmat ihsan
Tetapi sedikit sangat syukur kami kepada-MU.
Wahai ALLAH Yang Maha Bijaksana
Ampuni kami yang hanya bersyukur
Apabila mendapat kesihatan
Apabila mendapat makanan
Apabila mendapat harta
Apabila mendapat jawatan
Apabila mendapat penghargaan
Apabila mendapat keturunan
Tetap tak pernah bersyukur jika mampu melaksanakan
Solat berjemaah, bersedekah, berzakat
Berpuasa dan berhaji.
Ya ALLAH
Kami tak pernah bersyukur dengan memiliki Nabi Muhammad
Tak pernah bersyukur menjadi umat Nabi Muhammad
Tak pernah bersyukur bahawa kami dilahirkan sebagai Islam
Tak pernah bersyukur bahawa kami telah dikurniai Iman.
ALLAH humma ya ALLAH
Ilhamkan kami kesyukuran menerima nikmat-MU
Terlalu sedikit syukur kami dibanding rahmat-MU
Terlalu sedikit doa kami dibandingkan berkah-MU
Kami hanya ingin bersujud ya ALLAH
Kami ingin bersyukur ya ALLAH
Maka terimalah sujud ini
Sebagai ungkapan rasa syukur kami
Dan ungkapan permohonan ampun kami.
Ya ALLAH Yang Maha Menggenggam Jiwa
Izinkan permintaan kami
Redhai amal ibadah kami
Tanpa redha-MU semua tak beerti
Tanpa redha-MU semua tak bermakna.
Ya Samii Ya Basir
Ya Zaljalaali wal Ikram
Wahai ALLAH Yang Maha Hidup
Wahai ALLAH Yang Maha Pemberi Nikmat
Kami berlindung dengan keagungan-MU
Kami berlindung dengan kemuliaan-MU
Kami berlindung daripada lupa mengingati dan menyebut nama-MU
Serta berpaling daripada mensyukuri-MU.
Ya ALLAH
Limpahilah kami
Hati yang penuh kesyukuran
Ucapan yang penuh kesyukuran
Langkah yang penuh kesyukuran
Kerana kami mengakui tanpa pimpinan-MU
Kami lemah
Kami lalai
Kami hina.
Ya ALLAH
Hari ini kami mengakui
Bahawa ENGKAUlah sebesar-besar Pemberi Kurnia
Kami bersyukur ya ALLAH
Atas bumi yang ENGKAU hampakan
Atas langit yang ENGKAU tinggikan
Atas gunung yang ENGKAU pancangkan
Atas alam semesta yang ENGKAU bentangkan
Atas bintang-bintang yang ENGKAU taburkan.
Ya ALLAH
ENGKAU sebaik-baik Pemberi Nikmat
KAU pancarkan sinar matahari
KAU tumbuhkan pepohonan
KAU hidupkan haiwan-haiwan.
Ya ALLAH
Sungguh kami sering lupa
Mensyukuri hidup kami
Mensyukuri setiap helaan nafas kami
Mensyukuri apa pun yang ENGKAU berikan.
Ya Rahman Ya Rahim
Ajari kami untuk sentiasa mensyukuri
Hal yang kecil dalam pandangan kami.
Ya Rabb
Kabulkan segala doa permohonan kami
ALLAH humma ya ALLAH
Kirimkan salam kami
Kepada Nabi Muhammad
Kami mencintainya
Kami menyayanginya
Beri kami kesedaran untuk bersyukur
Seperti syukurnya Nabi Muhammad-MU
Beri kami kekuatan untuk sentiasa mensyukuri-MU.
Ya Rahman
Kami hanya hamba-hamba yang mengabdi pada-MU
Kami hanya hamba-hamba
Sebagaimana bumi yang berputar
Bersama bulan, mentari dan galaksi.
Ya ALLAH
Kami hanya hamba-hamba
Seperti halnya para malaikat yang mengabdikan diri.
Ya ALLAH
Beri kami kekuatan
Agar kami mampu mengajari
Anak-anak kami untuk sentiasa bersyukur
Pasangan hidup kami untuk sentiasa mengucap syukur
Keluarga kami agar menjadi ahli syukur.
Ya ALLAH
Kami sedar hidup kami singkat
Kam sedar hidup kami sementara
Kerana itu curahkan ke dalam hati kami iman
Tenteramkan kami dengan mengingati-MU
Duhai ENGKAU kekasih hati
Duhai Ar Rahman Ar Rahim.
Robiah K. Hamzah, 2012.
P/S: Tinta ingin mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam dan semoga kita semua memperoleh kejayaan hingga ke syurga-Nya. Nantikan lembaran yang menarik dari tinta sepanjang Ramadhan ini. :)
Saturday, 28 June 2014
Friday, 6 June 2014
20: TERIMA KASIH "OKB"!!!
Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.
Alhamdulillah, sembah merafak kesyukuran tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana kita masih lagi mampu bernafas secara percuma di dunia ini. Selawat dan salam juga kita panjatkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda dan para sahabat kerana berkat perjuangan mereka kita kini mampu mengecapi 3 nikmat iaitu nikmat Islam, Iman dan Ukhuwah.
Subhanallah. Seperti dalam usrah pulak. Hehe. Inshaa Allah, seperti yang dijanjikan, lembaran kali ini tinta akan berkongsi sebuah penghargaan dan apresiasi buat rakan-rakan seperjuangan yang telah bertungkus lumus meraikan ulang tahun tinta lepas.
OKB! Kalian memang terbaik lah!
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.
Alhamdulillah, sembah merafak kesyukuran tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana kita masih lagi mampu bernafas secara percuma di dunia ini. Selawat dan salam juga kita panjatkan kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga baginda dan para sahabat kerana berkat perjuangan mereka kita kini mampu mengecapi 3 nikmat iaitu nikmat Islam, Iman dan Ukhuwah.
Subhanallah. Seperti dalam usrah pulak. Hehe. Inshaa Allah, seperti yang dijanjikan, lembaran kali ini tinta akan berkongsi sebuah penghargaan dan apresiasi buat rakan-rakan seperjuangan yang telah bertungkus lumus meraikan ulang tahun tinta lepas.
OKB! Kalian memang terbaik lah!
Adegan pemotongan kek bersama Lukman (Admin OKB). Hehe...
Fauzi Kito sedang memikirkan masa depannya. Haha... :)
Nampak sangat muka tinta yang tak sabar nak makan kek tu. Hehe...
Haha... Nampak gayanya tinta sangat tersenyum lebar dengan kek "Secret Recipe" tu. Yang paling penting senyuman si tudung bintik-bintik tu. Hehe. #Ehhh
Terima kasih OKB! Terima Kasih Domini's Pizza!
Terima kasih Mustaqim dan Yasmin! Cantik 'sweater' tu. Hehe...
Alhamdulillah, nampak gayanya tinta kini 'officially' 20 tahun. Besar dah tanggungjawab bakal dipikul ni. Tanpa mengharapkan sambutan atau galakan, tinta menjunjung seribu ucapan "Terima Kasih" di atas penghargaan usia tinta. Cuma tinta rasa dahulu tinta pernah terfikir bahawa usia 20 ni boleh mendirikan bahtera pernikahan. #Ehhh. Hahaha... Walau apa-apapun, kita serahkan sahaja kepada Allah s.w.t. agar diberikan jodoh yang sekufu dengan kita. Hehe. (Dah 'start' berubah fikrah bila 20 ni...hehehe).
Daun selasih diberi minyak,
Dari Miri berjalan kaki,
Terima kasih banyak-banyak,
Kerana sentiasa berada di sanubari.
Sekian.
~Terima kasih di atas ihsan gambar daripada 'group' Whatsapp OKB. Inshaa Allah kita semua dapat bertemu di syurga Ilahi nanti. Amin~
~Syukran Jazilan Dada, Zaza, Baim, Hazim, Mus, Yasmin, Dyra, Aiman, Lukman, Bujim, Lyana, Poji, Syahir, Ahmad, Amira.~
Wallahu 'alam.
Tuesday, 3 June 2014
USIA 20: SEBUAH PENGINSAFAN DIRI KEPADA MAUT
Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.
Meniti hari ke hari,
Masa dan usia kian berkejaran berlari.
Meniti usia ke usia,
Menanti maut yang entah bila.
Meniti suka vs duka,
Ada pahit ada gulanya.
Alhamdulillah, jika dikira hitung hari, tinta sudah membiarkan lebih daripada 20 hari tidak berkongsi kisah citra dunia kepada pembaca-pembaca semua. Bukan apa, almaklumlah tinta baru sahaja meraikan ulangtahun kehidupan di dunia kali ke-20. Alhamdulillah, sembah merafak kesyukuran kepada-Mu wahai Tuhan 'Azza Wajala Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang kerana masih lagi meminjam nyawa ini untuk terus berada di muka bumiMu yang luas terbentang.
20 bukanlah angka yang kecil malah bukanlah angka yang terlalu besar. Maknanya, tidaklah terlalu muda dan tidaklah terlalu tua. Haha (Inshaa Allah masih muda). Usia ini adalah untuk menyedarkan tinta dan kalian semua agar mengerti sepenuhnya bahawa kita sedang berada di fasa untuk berdiri dengan kematangan yang utuh dan mampu hidup berdikari dengan usaha titik peluh diri sendiri.
Usia juga adalah sebuah peringatan kepada kita bahawa kita semakin berada di ambang pintu maut untuk beristirehat di alam yang penuh misteri yang tidak sesiapa pun yang tahu bagaimana suasananya kecuali Dia Yang Maha Pencipta. Ini amatlah disokong dengan firman Allah swt di dalam surah Al-Imran ayat ke-185:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Apa-apapun, hidup ini perlu diteruskan dan tanggungjawab masing-masing perlu diteruskan dengan sentiasa mengabdikan diri kepada Allah swt.
Sama-sama kita muhasabah diri dan audit akhlak kita. :)
Keep calm and always muhasabah.
~Inshaa Allah, tinta akan post blog yang seterusnya mengenai penghargaan tinta kepada rakan-rakan kerana telah meraikan ulang tahun kehidupan tinta yang ke-20.
Tunggu lembaran berikutnya.~
Wallahu 'Alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)