Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwah.
Meniti hari ke hari,
Masa dan usia kian berkejaran berlari.
Meniti usia ke usia,
Menanti maut yang entah bila.
Meniti suka vs duka,
Ada pahit ada gulanya.
Alhamdulillah, jika dikira hitung hari, tinta sudah membiarkan lebih daripada 20 hari tidak berkongsi kisah citra dunia kepada pembaca-pembaca semua. Bukan apa, almaklumlah tinta baru sahaja meraikan ulangtahun kehidupan di dunia kali ke-20. Alhamdulillah, sembah merafak kesyukuran kepada-Mu wahai Tuhan 'Azza Wajala Allah SWT, Tuhan Yang Maha Pengasih dan Yang Maha Penyayang kerana masih lagi meminjam nyawa ini untuk terus berada di muka bumiMu yang luas terbentang.
20 bukanlah angka yang kecil malah bukanlah angka yang terlalu besar. Maknanya, tidaklah terlalu muda dan tidaklah terlalu tua. Haha (Inshaa Allah masih muda). Usia ini adalah untuk menyedarkan tinta dan kalian semua agar mengerti sepenuhnya bahawa kita sedang berada di fasa untuk berdiri dengan kematangan yang utuh dan mampu hidup berdikari dengan usaha titik peluh diri sendiri.
Usia juga adalah sebuah peringatan kepada kita bahawa kita semakin berada di ambang pintu maut untuk beristirehat di alam yang penuh misteri yang tidak sesiapa pun yang tahu bagaimana suasananya kecuali Dia Yang Maha Pencipta. Ini amatlah disokong dengan firman Allah swt di dalam surah Al-Imran ayat ke-185:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Apa-apapun, hidup ini perlu diteruskan dan tanggungjawab masing-masing perlu diteruskan dengan sentiasa mengabdikan diri kepada Allah swt.
Sama-sama kita muhasabah diri dan audit akhlak kita. :)
Keep calm and always muhasabah.
~Inshaa Allah, tinta akan post blog yang seterusnya mengenai penghargaan tinta kepada rakan-rakan kerana telah meraikan ulang tahun kehidupan tinta yang ke-20.
Tunggu lembaran berikutnya.~
Wallahu 'Alam.
No comments:
Post a Comment