Wednesday, 16 July 2014

INDAHNYA IFTAR DI MASJID PADA BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum w.b.t.
Salam sejahtera, salam 1Malaysia, salam 1Akidah dan salam 1Ukhuwwah.

Alhamdulillah. Hari ini kita telah masuk ke hari ke-18 berpuasa di bulan Ramadhan. Alamak dah nak masuk ke fasa Pembebasan Api Neraka ni. Tinggal 2 hari lagi berakhirnya fasa pengampunan. Jom! Siapa yang belum buat pengampunan kpd Allah, jom kita manfaat 2 hari yang tinggal ni. Bagaimana puasanya? Semoga semua masih berjalan dengan lancar dan mampu menghadapi cabaran kehidupan sebagai seorang hamba Allah.

Alhamdulillah. Untuk lembaran kali ini, tinta ingin berkongsi sedikit tentang keindahan berbuka puasa atau iftar di masjid. Al maklumlah, percuma katanya. Hehehe. 
Namun, tinta bukan nya nak berdiskusi tentang perkara sedemikian. Tetapi apa yang ingin tinta kongsi ialah indahnya berbuka puasa di masjid ini berbeza daripada berbuka puasa bersendirian di cafe, bilik dan sebagainya.

Apakah yang indah itu??? Haha... 
Inilah yang ingin saya kongsikan pada semua. 

Selama beberapa hari kita telah berpuasa, tinta ingin kongsikan kepada pembaca semua suasana iftar di masjid :) :) :)

Enjoy :)







Yummy... Sape kata makanan kat masjid tak sedap. Sehingga terliur dibuatnya..Haha

Alhamdulillah, tinta juga berkesempatan untuk berbuka puasa bersama anak-anak kelahiran Sarawak. Subhanallah, rupanya ramai juga pelajar dari Sarawak kt UTP ni. 
Ni sebahagian daripada gambar yang tinta peroleh. Terima kasih Megat Faiz di atas gambar yang cukup cantik :) :) :)










Alhamdulillah, sangat meriah sekali puasa setakat ini. Harap-harap lebih baik lagi ibadah kita seiring dengan ukhuwwah sesama kita. Semoga kita semua memperoleh barokah di bulan mulia ini.

Jumpa lagi. Wassalam :)




Celoteh Tinta

Assalamualaikum w.b.t.






Dalam hidup ini, bersederhanaan itu penting dalam menjalani urusan kehidupan kita sebagai manusia dan hamba Allah SWT di muka bumi ini. Seperti diri tinta, setiap perkara yang tinta lakukan sentiasa dipenuhi dan dikelilingi dengan sifat kesederhanaan. Tinta bersyukur kepada Allah SWT kerana tinta dilahirkan oleh ibu tinta dengan keadaan sekeliling yang penuh dengan kesederhanaan, jauh daripada sifat angkuh dan sifat menunjuk-nunjuk. Dari kecil hingga dewasa, kemewahan yang ada pada nama keluarga tinta tidak pernah dipamerkan di khalayak ramai kerana kami tahu bahawa hidup dalam kesederhanaan ini mampu mengawal diri kita daripada sifat membazir dan angkuh. Sifat membazir adalah sifat yang diamalkan oleh syaitan laknatullah. Dengan sifat kesederhanaan ini, hidup tinta sekeluarga lebih bahagia dan aman sejahtera.

Saturday, 12 July 2014

Biodata Diri Tinta

Assalamualaikum w.b.t.




Biodata Diri Tinta


Memperkenalkan diri tinta. Seorang yang hanya insan biasa di muka bumi Allah SWT ini. Dilahirkan dan dibesarkan di bumi Borneo yang kaya dengan alam saujana flora dan fauna. Seorang mahasiswa yang akan menghabiskan peringkat ijazah ini selama 3 tahun setengah di Universiti Teknologi PETRONAS. Abang kepada seorang adik perempuan yang comel. Berasal daripada keluarga yang hidup bersederhana dan biasa-biasa saja. Gemar membaca buku dan menyanyi kerana idol penyanyi utama ialah penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza. Al-Quran dan Hadith jadi pegangan hidup. Hidup berprinsipkan "KEJAYAAN DALAM GENGGAMAN!".

Tinta berasa sangat berbangga & bersyukur kerana tinta dilahirkan di dunia ini dengan nikmat ISLAM dan diserikan dengan BAHASA MELAYU yang sangat indah dan penuh dengan budi bahasa yang sangat tinggi sekali.Biodata Diri Tinta